Sunday, August 5, 2012

Safi Balqis Review

Assalamualaikum

"Sungguh suci sungguh murni"

Biasa sangat kan dengar trade mark tu
Ya,halah yang iklan Safi Balqis tu.

Aku bukan lah jenis suka menjaga muka,
Sebab aku bukan jenis yang berjerawat.
Tapi kadang kadang ada lah bintik bintik macam ruam.
Kita semakin membesar semakin matang,
Mesti nak lagi cantik kan.

Jadi aku pergi ke Watson,
Tanya lah staff kat situ yang mana yang okay untuk product muka,
Akak ni shor kan aku try Safi Balqis Perfect 10,
Mula-mula aku ragu ragu,
Sebab aku tak pernah try pun product safi,
Lagi pun Safi ni harga dia mampu dimiliki lah,
Jadi aku pun beli lah 1 set,
Akak tu pun dah pengaruh aku cakap,
"okay ,pakai ni dik,muka akak dulu bintik bintik macam adik,pakai safi jadi muka akak ni sekarang"
Muka akak tu aku tengok memang licin cantik berseri.

Aku baca pamplet Safi Balqis ni,
Dia kata akan nampak kesan dalam masa 2 minggu,
wau pantas sekali bukan,

Aku beli bukan 1 2 produk safi ni ,
Banyak lah jugak,
Nak men-Try kan pastu terpengaruh ya jugak,

Dalam kotak tu ada lah,
1.Serum
2.Pencuci muka
3.Cream kencatikkan
4.toner
5.Cream malam

Aku rasa adalah dalam Rm50 kut.
Jadi aku start lah pakai,
Dalam masa 2 Minggu ,
Memang ada kesan,
Licin berseri je muka,
Sungguh suci sungguh murni,

Licin bukan,cuma kat hidung tu ada parut sikit.

Memang memuaskan lah,
Memang betul lah apa yang dijanji kan lepas 2 minggu.
Tapi selepas 2 minggu,
Aku tak tahu apa yang jadi kat muka aku,
Muka naik bintik bintik merah
Muka naik ruam dengan banyak.
Dan jerawat membiak biak,
Tapi aku teruskan pakai,
Mana tahu elok pulak kan lepas tu,
Sangkaan aku jauh tersasar,
Muka semakin teruk jerawat naik mendadak.

Okay,aku memang frust sebab aku tak pernah naik jerawat sebegini rupa,
Ya Allah memang amat teruk yang amat.
semua menegur kenapa muka aku makin teruk.
Malu kut nak keluar nak pergi kelas jumpa orang ramai.
Hahaha



Aku pun stop pakai Safi Balqis,
Dan sekarang aku sampai pergi rujuk specialist nak pulih kan balik muka aku ni.
Alhamdulillah sekarang semakin pulih,

Mungkin kulit muka aku ni tak sesuai pakai safi Balqis ni,
Bukan semua product sesuai untuk kulit muka kita,
Jadi jangan lah sesuka hati sangat nak try try product nak tukar tukar product.
Karang jadi teruk bukan senang nak elok.
Payah weh dengan nak hilang kan jerawat tu nak hilangkan parutnya lagi.
Serius nanti tengok cermin merungut jer.
aku yang dulu tak pernah ada jerawat macam gini,
Tiba tiba amik kau berlambak lambak.

Aku bukan nak takut takut kan jangan pakai produk ni,
Tapi aku nak bagi testimonial kat diri aku.
Yang aku tak boleh pakai produk Safi Balqis yang sungguh suci sungguh murni.

Okay 
cau cin cau




8 comments:

  1. Ya Allah, teruk jgk jerawat naik muke kau tu

    ReplyDelete
  2. Teruk weh..kalau kau tengok pun kau terkejut..sedih wei..

    ReplyDelete
  3. he3....alaaa jerawat memang suke tumbuh kat muke ..geram jugak...sekrng nie ngah guna safi lah....aisshh nak nangis ase klu kuar jerawat tuu weh...dah sekarng nie aok guna produk apa pulak....

    ReplyDelete
  4. sekarang ni aku makan aurawhite kahkahk, perncuci muka organic tu je...

    ReplyDelete
  5. aslmkm..
    muka i naek jerawat mcm bintik2 ruam.. halus n byk mcm u tp d pp sebelah kiri sahaja. ape syor u utk i? TQ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam.. sama lah i punya tumbuh mencanak kat pipi kanan, belah kiri licin mulus je .. cacat betul... ingat i sorang je yang macam ni.. i syor pakai bedak sejuk.. jangan cuba cuba try pakai produk lain.. nanti lagi teruk..sebab i dulu jerawat 1 2 , n ruam ruam ..je pastu pakai Tia Amelia balik, sebab sebelum i pakai safi i pakai tia.. Tengok tengok jadi teruk, sebab cream dia oily kan.. kalau tak okay baik u refer kat dermotologist..

      Delete
  6. u. samalah kita bertiga! aiyak. i pakai 2 minggu oke then naik jerawat berlambak dkt muka. especially pp kanan and and dahi. i pn pk mcm u truskan pakai manala tau lps tu oke kan. hm, what should i do. mmg berkesan tp tula naik jerawat.

    ReplyDelete
  7. u. samalah kita bertiga! aiyak. i pakai 2 minggu oke then naik jerawat berlambak dkt muka. especially pp kanan and and dahi. i pn pk mcm u truskan pakai manala tau lps tu oke kan. hm, what should i do. mmg berkesan tp tula naik jerawat.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...