Saturday, December 22, 2012

Selamat Hari Lahir FAZLINA MOCHI

Assalammualaikum
Dan selamat Sejahtera


Rindu sangat nak update blog,
rasa nya dah lama sangat tak update,
so, kali ni ada mood pulak and ada masa and ada idea,
kalau tak tah sampai bila nak update,

Selamat Hari lahir Fazlina yang ke 21,
Yang paling suprise nya,
Si FAZ ni sanggup datang Ganu,
Itu pun sebab aku yang ajak,
hahahahaha k.

Faz,comel orang nya kecik rendah, suka ketawa,paling best kita orang selalu kongsi masalah sama-sama,gelak sama-sama , nangis sama-sama.Mula kenal time kat Matrik Melaka dulu, kami sekelas, tapi akrab giler ya Rabbi.Sampai sekarang rapat, Alhamdulillah.Walaupun kita orang jauh, dia kat uitm shah Alam,yang aku ni pulak UMT kat Ganu.Bak kata pepatah, jauh di mata dekat di hati. ceh haha.Aku sayang kawan aku sorang ni sangat sangat.sayang sangat sangat tau, kalau kau tak ada, hati aku tak bahagia.Terima kasih sahabat :).


Terima kasih FAZ sebab sanggup datang jauh jauh,
sanggup duduk dalam bas selama 8 jam,
Aku tahu penat bukan, rasa nak patah pinggang duduk dalam bas lama lama,
Aku bahagia sangat kau sanggup datang Terengganu,
Terima Kasih sahabat,

Dah Faz alang alang datang sini,
aku bawak Faz pusing Kuala Terengganu je lah,
Tak larat nak bawak jauh jauh,

Malam malam plan dengan The Creeks,
Makan steam boat kat pulau duyung,
dan buat birthday suprise untuk Faz,


Steam Boat Pulau Duyung, Kuala Terengganu

Tada, Birthday girl,bukan faz sorang je sambut dengan si cantik Ieka ni sekali.
Selamat Hari Tua Ieka dan Faz,

Amboi kan main kau nyah, tudung biru mata pun biru, sedondonlah kata kan.

The HAPPY faces 



Korang ingat kat shah alam je ict, Kat Terengganu pun ada.

Gegirl

Aien Faz Me

The big smile of me

My hunny bunny sahabat yang bushuk

I miss this moment ,rindu nak peluk

US

Part of THE CREEKS

Kau ingat kau dapat lari dari prank,silap lah, birthday sapa sapa prank itu wajib.

FAZ

Me and Faz

Terima kasih untuk segalanya,
saya sayang awak.

                                                                                                                          Sincerely,
                                                                                                                                   Ecah

Friday, November 16, 2012

Zac Efronggggg

Aku tak tahu lah kenapa,
Mungkin aku dah terpengaruh dengan bahasa Terengganu
Yang dulu nya aku tak berapa nak gemar loghat diorang.

Oh my Zac Efrongg dan Zac Efron adalah orang yang sama,
Jangan risau.

Aku tak tahu aku memang minat dia,
EH sekarang dia makin macho, hensem badan pun makin ketul ketul.
Sapa setuju angkat kaki sekarang,
Hai ,Vannessa apa lah yang kau tak puas dengan si Zac ni,oppss.

Anda pasti terliur tenganga mulut,
selepas tengok picture beliau,







Oh my,
MELTING MELTING 
HOT gilerrrrrrr
                   

Wednesday, November 14, 2012

L

I will remember what you said to me,
Your promises,
Our memories
I love you
I miss you



                                          

Tuesday, September 4, 2012

Melaka

Assalamualaikum
Saya cinta Melaka,
Sebab apa saya cinta Melaka,
Sebab dia BEST.

Masih mood beraya lagi,
Alang alang tengah bercuti,
Apa lagi gerak ke Melaka lah,
Nak berjumpa dengan orang tercinta.





Mereka,
Mereka lah cinta saya.
hihi

Kepada Lina Farhana,
Saya harap awak cemburu tengok gambar ni,
Sekian.....


Selamat Hari Raya Aidilfitri Mulia

Assalamualaikum
Dan selamat sejahtera
Dan salam 1 Malaysia

Saya Nurul Aishah
Ingin mengucap kan Selamat Hari Raya Aidifitri
Mohon maaf zahir dan batin

Syukur Alhamdulillah saya masih beraya bersama keluarga yang harmoni,
ceria aman dan damai

Bermadah pulak aku kat sini kan,
Okay sempena raya tahun ni,
Bercerita pasal duit raya,
Aku rasa macam banyak pulak duit raya aku dapat,
Makin dewasa aku makin banyak aku dapat duit raya,
wooooooooo
Tak tipu punya,
Wa ta da tipu punya,

Seperti biasa masa raya mengunjungi sanak saudara,
bergambar bergumbira,
makan makan dengan banyak nya.

FAMILY


COUSIN



Seperti biasa,
Family kita orang ni memang kaki bergambar ,
Sampai kat pak cik mak cik pun sama,

Gelak tawa,
Riang ria,
Itu lah suasana Hari Raya.




Tuesday, August 14, 2012

H.A.T.I

HATI
kenapa awak begitu fragile

HATI
kenapa awak asyik menangis tak henti henti

HATI
Bibir mampu tersenyum tapi hati siapa yang tahu

HATI
Awak dah sakit banyak kali,kesian awak kan

HATI
Jom kita berehat sebentar

HATI 
Saya tidur dulu ya

HATI 
Saya nak awak berehat,please

HATI
Dah,jangan nangis lagi

HATI
Allah kan ada,dia selalu teman kita.

Ya Allah kuat kan lah daku
Kuat kan aku untuk terima dugaan.
Amin

Sunday, August 5, 2012

Safi Balqis Review

Assalamualaikum

"Sungguh suci sungguh murni"

Biasa sangat kan dengar trade mark tu
Ya,halah yang iklan Safi Balqis tu.

Aku bukan lah jenis suka menjaga muka,
Sebab aku bukan jenis yang berjerawat.
Tapi kadang kadang ada lah bintik bintik macam ruam.
Kita semakin membesar semakin matang,
Mesti nak lagi cantik kan.

Jadi aku pergi ke Watson,
Tanya lah staff kat situ yang mana yang okay untuk product muka,
Akak ni shor kan aku try Safi Balqis Perfect 10,
Mula-mula aku ragu ragu,
Sebab aku tak pernah try pun product safi,
Lagi pun Safi ni harga dia mampu dimiliki lah,
Jadi aku pun beli lah 1 set,
Akak tu pun dah pengaruh aku cakap,
"okay ,pakai ni dik,muka akak dulu bintik bintik macam adik,pakai safi jadi muka akak ni sekarang"
Muka akak tu aku tengok memang licin cantik berseri.

Aku baca pamplet Safi Balqis ni,
Dia kata akan nampak kesan dalam masa 2 minggu,
wau pantas sekali bukan,

Aku beli bukan 1 2 produk safi ni ,
Banyak lah jugak,
Nak men-Try kan pastu terpengaruh ya jugak,

Dalam kotak tu ada lah,
1.Serum
2.Pencuci muka
3.Cream kencatikkan
4.toner
5.Cream malam

Aku rasa adalah dalam Rm50 kut.
Jadi aku start lah pakai,
Dalam masa 2 Minggu ,
Memang ada kesan,
Licin berseri je muka,
Sungguh suci sungguh murni,

Licin bukan,cuma kat hidung tu ada parut sikit.

Memang memuaskan lah,
Memang betul lah apa yang dijanji kan lepas 2 minggu.
Tapi selepas 2 minggu,
Aku tak tahu apa yang jadi kat muka aku,
Muka naik bintik bintik merah
Muka naik ruam dengan banyak.
Dan jerawat membiak biak,
Tapi aku teruskan pakai,
Mana tahu elok pulak kan lepas tu,
Sangkaan aku jauh tersasar,
Muka semakin teruk jerawat naik mendadak.

Okay,aku memang frust sebab aku tak pernah naik jerawat sebegini rupa,
Ya Allah memang amat teruk yang amat.
semua menegur kenapa muka aku makin teruk.
Malu kut nak keluar nak pergi kelas jumpa orang ramai.
Hahaha



Aku pun stop pakai Safi Balqis,
Dan sekarang aku sampai pergi rujuk specialist nak pulih kan balik muka aku ni.
Alhamdulillah sekarang semakin pulih,

Mungkin kulit muka aku ni tak sesuai pakai safi Balqis ni,
Bukan semua product sesuai untuk kulit muka kita,
Jadi jangan lah sesuka hati sangat nak try try product nak tukar tukar product.
Karang jadi teruk bukan senang nak elok.
Payah weh dengan nak hilang kan jerawat tu nak hilangkan parutnya lagi.
Serius nanti tengok cermin merungut jer.
aku yang dulu tak pernah ada jerawat macam gini,
Tiba tiba amik kau berlambak lambak.

Aku bukan nak takut takut kan jangan pakai produk ni,
Tapi aku nak bagi testimonial kat diri aku.
Yang aku tak boleh pakai produk Safi Balqis yang sungguh suci sungguh murni.

Okay 
cau cin cau




Tuesday, July 17, 2012

Selamat Hari Lahir LOVELYNN

Assalamualaikum
14.7.2012
Aku rasa ramai lahir bulan Julai ni,
Termasuklah minah sorang ni yang cute miut comel lote.



Selamat hari lahir LOVELYN,
Sweet 21 :)
Eh,maaf aku tak pernah nak ingat ejaan nama kau betul betul,
Aku sayang kawan aku ni,
Dari sekolah menengah aku rapat giler dengan minah ni,
Baru aku tahu dia study kat US sekarang,
Walaupun dia bukan berbangsa melayu,
Itu lah special nya dia,
Dia tak kisah pun nak kawan dengan sapa sapa.
Cakap melayu perghhh eh sebiji macam orang melayu cakap,
Kadang kadang orang melayu pun sebok naa nak cakap melayu slang mat saleh,
Eh maaf lah kalau sapa sapa yang terasa.

Selepas habis sekolah,
aku tak pernah nak jumpa kawan kawan  sekolah aku dulu,
Boleh dikata kan aku menyorok kan diri,
Boleh dikatakan aku sombong.
Siapa tak rindu kawan kawan sekolah dulu kan.
Aku je yang mendiam kan diri.

Terima Kasih Lovelyn ,
Sebab kau buat Birthday Party,
Sebab party kau yang vogue gedevas ni lah,
Kau unite kan balik bebudak PUTERI,

Aku jadi malu dengan mereka,
Yelah,mereka semua bukan calang calang orang,
Mereka semua wanita wanita yang hebat,
Dan aku yang menyorok kan diri tiba tiba muncul,
Memang aku jadi orang asing time tu,
Siapa tak kenal bebudak PUTERI,
Famous kau tahu,
Famous kat Negeri Sembilan jo lah,
Semua Vogue Gedevas, Hot Hot.
Aku je tak..
Tak caya?












kan......
Okay,apa apa pun malam tu memang sangat lah seronok,
Ada makanan yang sedap,game yang best.
Maaf Lovelynn aku tak join game aku pemalu orang nya..
bhahahaha
K bye!

Cau Cin Cau










Tuesday, July 10, 2012

Cik Aina bananana

"Ecah. pun budak kmm. tapi takpernah kenal dekat kmm. orang kata dia nie famous masa dekat kmm. lol tak tahu pun? bhahaha! first time jumpa makcik nie masa tu semester satu. turun dinner dengan semua budak  kmm yang aku langsung takde idea siapa dorang -.- kecuali Kakros. masa tu nampak makcik nie dekat bustop then dalam hati ' eh cantik dia nie ' jujur tak tipu nie yang terdetik dalam hati masatu hahaha sila bangga Ecah. difahamkan dia nie retis. suara sedap, pandai main gitar, muka cantik, model *HAHA* kbye."

Assalamualaikum..
Yang kat atas ni cik Aina yang tulis kat Blog dia,  http://sayaceritakansemua.blogspot.com/
Terharu boleh kau cerita pasal aku.
Aku tak teragak agak nak tulis pasal kau.

Bila aku baca apa yang kau tulis,
kau buat aku tersenyum,tergelak sorang sorang.
Macam terbangga diri pun ada apa yang kau tulis tu Aina.



AINA.budak ex-kmm yang aku rasa aku tak pernah perasan dia kat KMM dulu.Mungkin kau budak Hayat dan aku budak Fizik.Mungkin kita pernah bertembung dulu aku je yang tak perasan.First time jumpa,dekat UMT,turun dinner dengan bebudak ex kmm .Masa tu aku nampak minah ni,aku pandang pelik "eh ,budak KMM ke,tak penah tengok pun" "Macam baik,pendiam je minah ni" . Sekali dengar dia gelak perghhhh ,boleh tahan gak minah ni , kaki gelak huhahuha macam aku jugak. Dan selepas kenal si minah ni kita orang jadi geng kaki jalan,kaki makan. Sem lepas memang naik mencanak lah berat. Aina,seorang yang baik hati ini tak tipu, peramah, hati macam tisu. Aku rindu nak buli kau, sebab kau ni macam dikira LAMPI lah jugak. Aku rindu kau lepak bilik aku dulu asal nak belajar borak sampai pagi cerita masalah. Serius aku selesa dengan kau. Maaf kalau aku ada terguris hati kau. Dan aku sayang kau,sila jangan tinggal kan aku. Dan sila lah bangga aku tulis pasal kau ni. Hikhokhikhok.

Aina I LOVE YOU.


                                                                                                                              Sincerely,
                                                                                                                                   NURUL AISHAH

                                                                                                                                             

Without Them I'm Nothing

You my everything 
Without them i'm nothing
I miss you my dear FRIENDS 


Ejoe,Hymas,Mimi,Qalie,Hanna,Ros,Aina,Me,Aien,Adli

Qilah,Silah,ME,Lyn,Azie,Ibah

Bertemu dengan mereka,
Berkenalan dengan mereka dengan waktu yang singkat.
Di UMT kita bertemu.
Alhamdulillah,mereka masih bergelar sahabat.
Dan mereka menyinar kan hidup saya.
Kita ketawa ber sama,menangis pun bersama.
Beruntung nya saya dapat sahabat seperti mereka.


ME,Athera,Lina,FAz

Sudah lama tak ketemu,
RIndu rasanya,
Mereka yang tahu segalanya ,
Mereka yang memahami saya macam mana,
Masih ingat lagi kita kenal macam mana dulu,
Ya kami ada persamaan,
Sebab persamaan itu kami masih akrab sampai sekarang.
Eh rindu minah minah ni .


A friend like you is like no other friend
A friend like you is a friend i dont regret meeting 
A friend like you is like a friend i cant scream at or fight with
A friend like you is like having no worries in my life
A friend like you is a friend that i dont want to lose
A friend like you is like being in comfort all day
A friend like you is a friend i always wanted
A friend like you is awesomly awesome
A friend like you is random and funny
A friend like you is a friend that i love to death and i will never let go
A friend like you is a friend i can tell all my secrets to
A friend like you..
A friend like you is like the little sister ive always wanted
A friend that i can go to to tell them whats wrong
A friend like you is like having no dark days because you brighten them up
A friend like you is a friend that opens up my eyes and helps me avoid bad things
A friend like you is a type of friend that laughs at dumb things i say or do
A friend like you is a friend i am proud to call my best friend... 

I LOVE YOU 




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...