Tuesday, August 14, 2012

H.A.T.I

HATI
kenapa awak begitu fragile

HATI
kenapa awak asyik menangis tak henti henti

HATI
Bibir mampu tersenyum tapi hati siapa yang tahu

HATI
Awak dah sakit banyak kali,kesian awak kan

HATI
Jom kita berehat sebentar

HATI 
Saya tidur dulu ya

HATI 
Saya nak awak berehat,please

HATI
Dah,jangan nangis lagi

HATI
Allah kan ada,dia selalu teman kita.

Ya Allah kuat kan lah daku
Kuat kan aku untuk terima dugaan.
Amin

Sunday, August 5, 2012

Safi Balqis Review

Assalamualaikum

"Sungguh suci sungguh murni"

Biasa sangat kan dengar trade mark tu
Ya,halah yang iklan Safi Balqis tu.

Aku bukan lah jenis suka menjaga muka,
Sebab aku bukan jenis yang berjerawat.
Tapi kadang kadang ada lah bintik bintik macam ruam.
Kita semakin membesar semakin matang,
Mesti nak lagi cantik kan.

Jadi aku pergi ke Watson,
Tanya lah staff kat situ yang mana yang okay untuk product muka,
Akak ni shor kan aku try Safi Balqis Perfect 10,
Mula-mula aku ragu ragu,
Sebab aku tak pernah try pun product safi,
Lagi pun Safi ni harga dia mampu dimiliki lah,
Jadi aku pun beli lah 1 set,
Akak tu pun dah pengaruh aku cakap,
"okay ,pakai ni dik,muka akak dulu bintik bintik macam adik,pakai safi jadi muka akak ni sekarang"
Muka akak tu aku tengok memang licin cantik berseri.

Aku baca pamplet Safi Balqis ni,
Dia kata akan nampak kesan dalam masa 2 minggu,
wau pantas sekali bukan,

Aku beli bukan 1 2 produk safi ni ,
Banyak lah jugak,
Nak men-Try kan pastu terpengaruh ya jugak,

Dalam kotak tu ada lah,
1.Serum
2.Pencuci muka
3.Cream kencatikkan
4.toner
5.Cream malam

Aku rasa adalah dalam Rm50 kut.
Jadi aku start lah pakai,
Dalam masa 2 Minggu ,
Memang ada kesan,
Licin berseri je muka,
Sungguh suci sungguh murni,

Licin bukan,cuma kat hidung tu ada parut sikit.

Memang memuaskan lah,
Memang betul lah apa yang dijanji kan lepas 2 minggu.
Tapi selepas 2 minggu,
Aku tak tahu apa yang jadi kat muka aku,
Muka naik bintik bintik merah
Muka naik ruam dengan banyak.
Dan jerawat membiak biak,
Tapi aku teruskan pakai,
Mana tahu elok pulak kan lepas tu,
Sangkaan aku jauh tersasar,
Muka semakin teruk jerawat naik mendadak.

Okay,aku memang frust sebab aku tak pernah naik jerawat sebegini rupa,
Ya Allah memang amat teruk yang amat.
semua menegur kenapa muka aku makin teruk.
Malu kut nak keluar nak pergi kelas jumpa orang ramai.
Hahaha



Aku pun stop pakai Safi Balqis,
Dan sekarang aku sampai pergi rujuk specialist nak pulih kan balik muka aku ni.
Alhamdulillah sekarang semakin pulih,

Mungkin kulit muka aku ni tak sesuai pakai safi Balqis ni,
Bukan semua product sesuai untuk kulit muka kita,
Jadi jangan lah sesuka hati sangat nak try try product nak tukar tukar product.
Karang jadi teruk bukan senang nak elok.
Payah weh dengan nak hilang kan jerawat tu nak hilangkan parutnya lagi.
Serius nanti tengok cermin merungut jer.
aku yang dulu tak pernah ada jerawat macam gini,
Tiba tiba amik kau berlambak lambak.

Aku bukan nak takut takut kan jangan pakai produk ni,
Tapi aku nak bagi testimonial kat diri aku.
Yang aku tak boleh pakai produk Safi Balqis yang sungguh suci sungguh murni.

Okay 
cau cin cau




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...